31-qfUTFYUBDTugSwu3CdzzLxKY Libido Lelaki Tua Masih Aktif Pada Usia 100 | kongsi serve you
Thursday 15 September 2011

Libido Lelaki Tua Masih Aktif Pada Usia 100

0 comments
 

Libido Lelaki Tua Masih Aktif Pada Usia 100

libido lelaki tua

Kehebatan Libido Lelaki Tua terbukti masih aktif walaupun usia mencecah 100 tahun.

PERDANA Menteri Itali, Silvio Berlusconi begitu popular di Barat kerana kisah peribadinya yang penuh kontroversi.
Pemimpin yang terkenal dengan imej playboy itu kini berdepan tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur iaitu seorang penari gelek yang berasal dari Maghribi, Karima El Mahroug, semasa gadis itu berumur 17 tahun.
Pemimpin Parti Kebebasan Rakyat yang berusia 74 tahun itu kini diselubungi skandal yang berkemungkinan menyebabkannya hilang kuasa.
Berlusconi yang sudah tiga kali menjadi Perdana Menteri, telah lama diketahui sebagai pemimpin yang gemar dikelilingi perempuan cantik sejak terbabit dalam politik.
Beliau juga didakwa menyimpan sekurang-kurangnya 14 wanita muda dan jelita di beberapa pangsapuri berpagar di luar Milan. Menurut akhbar The Independent, wanita-wanita itu bukan sahaja tinggal di kediaman tersebut tanpa perlu membayar sewa, malah Berlusconi turut memberi habuan wang tunai sebagai ganjaran bagi perkhidmatan seks mereka.
Wanita-wanita itu dipercayai ditempatkan di Milano Due, sebuah kompleks kediaman berpagar pertama di Itali, yang dibina oleh Berlusconi ketika beliau menjadi pemaju hartanah pada 1970-an.
PERDANA Menteri Itali, Silvio Berlusconi lambang ketahanan seksual lelaki di sebalik pelbagai ujian politik yang perlu dilaluinya.
Lelaki lebih aktif
Kediaman itu dilengkapi dengan taman indah, tempat letak kereta bawah tanah, pasar raya, bar dan kemudahan lain.
Ia menjadi lambang kemewahan paling menonjol di Milan ketika itu.
Apabila beliau menceburi industri penyiaran, Berlusconi menjadikan tempat itu ibu pejabat bagi operasi stesen televisyennya, Mediaset.
Namun, sejak beberapa tahun lalu ia disyaki dijadikan ibu pejabat dan markas bagi kegiatan seks itu.
Bagaimanapun, Berlusconi mendakwa siasatan berhubung dakwaan beliau menjalinkan hubungan intim dengan pelacur bawah umur itu hanya bermotifkan politik.
“Tidak berlaku sebarang rasuah, tidak ada pelacuran, malah tiada penglibatan wanita bawah umur,” katanya dalam satu siaran televisyen di Itali.
Perdebatan termasuk sejauh mana kesahihannya berhubung isu skandal Berlusconi bersama wanita lain terus menjadi perbualan hangat di Eropah termasuk keinginan seksnya yang luar biasa pada usia 74 tahun.
Bagaimanapun, ketahanan libido atau keinginan seksual lelaki adalah sesuatu yang normal. British Medical Journal pada Januari lalu mendedahkan jangka hayat seksual lelaki lebih lama berbanding wanita.
Kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Stacy Tessler Lindau dari Pusat Perubatan Universiti Chicago, Amerika Syarikat.
Menurut Stacy, pada usia 55 tahun, seorang lelaki masih mempunyai tahun-tahun kehidupan seksual yang aktif sehingga 15 tahun akan datang, sedangkan wanita pada usia yang sama mempunyai baki 11 tahun sahaja.
RAMAJIT RAGHAV (tengah) dari perkampungan Kharkhoda di Haryana, utara India membuktikan keinginan seksual lelaki masih utuh pada usianya 94 tahun.
Lebih menarik, seandainya seorang lelaki menjaga keadaan fizikalnya, mereka masih boleh aktif secara seksual hingga 7 tahun lagi atau sehingga berumur 77 tahun, sementara golongan wanita hanya mampu menambah tidak lebih daripada 5 tahun.
“Kami sengaja melihat angka 55 tahun kerana pada usia ini lelaki secara konsisten masih tertarik pada seks berbanding wanita.
“Ini tidak mengejutkan kerana rata-rata wanita memasuki fasa menopaus pada usia 51 tahun. “
Perubahan hormon ketika menopaus akan membuat hubungan seks tidak lagi indah,”
Tiada batasan
Tambah beliau, walaupun lelaki juga mungkin mengalami masalah seksual pada usia 50 hingga 55 tahun, namun ubat-ubatan disfungsi ereksi seperti Viagra mampu membuatkan kehidupan seks lelaki terus bergelora.
Kajian di Australia pula menunjukkan rutin kaum lelaki tidak banyak terjejas selepas mereka berusia 75 tahun ke atas termasuklah dalam hal berkaitan hubungan seks.
Jurnal Annals of Internal Medicine keluaran bulan lalu menyiarkan hasil kajian para penyelidik Australia yang mendapati hampir sepertiga lelaki yang lanjut usia masih aktif secara seksual sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun lalu.
Ini termasuk seorang daripada setiap 10 lelaki yang berusia 90 hingga 95 tahun.
Menurut pakar kesihatan seksual dan reproduktif, Hospital Damai Servis, Dr. Mohd. Ismail Thamby, usia emas sebenarnya tidak menghalang pasangan daripada mendapat kepuasan dalam hubungan intim.
Menurutnya, hubungan seksual sama ada lelaki dan wanita tidak ada batasan dan ia boleh dikecapi sehingga akhir hayat. Faktor paling penting dalam perkara ini, jelasnya, adalah penjagaan aspek kesihatan.
KARIMA EL MAHROUG didakwa terbabit dalam skandal seks dengan Berlusconi.
“Usia bukanlah penghalang untuk hubungan seksual yang sihat. Tidak bermakna segala-galanya sudah berakhir apabila anda mencapai usia tua.
“Seks sangat berkait rapat dengan tahap kesihatan. Jika tahap kesihatan kita sempurna, ia tidak mempunyai sebarang masalah. “Sebab itu orang yang menghidap penyakit, kehidupan seksualnya turut terjejas,” ujarnya.
Tambahnya lagi, peningkatan usia sememangnya memberi tanda kepada pertukaran kehidupan dan tabiat seksual, namun ia bukanlah penamat kepada aktiviti tersebut.
Malah, menurut Ismail, ia juga memberi peluang yang lebih luas untuk pasangan meneroka dan mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan.
Kajian yang dilakukan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 1999 juga mendapati 78 peratus pasangan berusia lebih 60 tahun mengakui sangat mementingkan hubungan seks dan masih aktif melakukannya.
“Seks adalah perkara penting dalam kehidupan lelaki mahupun wanita.
“Oleh itu, tidak ada halangan untuk menikmatinya selagi ada keinginan dan sihat fizikal,” kata Ismail.
Menurut Ismail, fasa menopaus yang dihadapi wanita juga bukan halangan untuk tidak lagi menikmati hubungan seks.
Lebih-lebih lagi dengan adanya rawatan terapi penggantian hormon dan pelbagai teknologi baru yang mampu meningkatkan keinginan tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan perubahan seksual akan berlaku disebabkan usia yang semakin meningkat, antaranya lambat terangsang, sensitiviti bahagian badan berkurangan dan kesakitan.
Lelaki berusia emas bukan sahaja masih aktif dari segi seksual bahkan tahap kesuburan mereka juga masih tinggi.
NANU RAM JOGI bercita-cita 'menghasilkan' anak sehingga usia 100 tahun.
Tertua
Salah seorang manusia tertua di dunia, Thomas Parr, seorang rakyat Britain, pernah direkodkan sebagai bapa paling tua yang mempunyai bayi.
Thomas dilahirkan semasa pemerintahan King Edward IV pada tahun 1483 dan meninggal dunia 152 tahun kemudian.
Thomas tinggal di Winnington dan hidup membujang sehingga usia 80 tahun.
Pada perkahwinan pertamanya, beliau dikurniakan dua orang anak tetapi kedua-dua bayinya meninggal dunia. Thomas berkahwin lagi pada usia 122 tahun dengan Catharine Milton dan dikurniakan beberapa orang anak.
Selepas kematiannya, Catharine memberitahu beliau masih melakukan hubungan seks sehingga Thomas mencapai usia 140 tahun.
Pada tahun 2007 pula, seorang petani di India, Nanu Ram Jogi, 90, yang baru berkahwin dengan isteri keempatnya dilaporkan berkata beliau tidak akan berhenti untuk menghasilkan anak sehingga umur 100 tahun.
Sebelumnya, Jogi sudah dikurniakan 12 anak lelaki dan sembilan perempuan.
“Wanita menyukai saya dan saya mahu lebih ramai anak,” katanya seperti dipetik Mail Online.
Jogi, yang mengaitkan daya tahan seksualnya dengan aktiviti berjalan dan memakan daging setiap hari berkata: “Saya makan semua jenis daging – arnab, kambing, ayam dan haiwan liar.”

Leave a Reply