31-qfUTFYUBDTugSwu3CdzzLxKY Bapa rogol anak? | kongsi serve you
Monday, 8 August 2011

Bapa rogol anak?

0 comments
 
KLANG - Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 31 tahun dan 16 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, setelah mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol dan satu tuduhan meliwat anak sendiri.

Lebih memalukan, perbua-tan terkutuk terhadap kedua-dua anaknya itu termasuk meliwat salah seorang daripada mereka dilakukan di sebelah isteri sendiri.

Lelaki berusia 49 tahun itu mengaku merogol anak perempuan sulungnya, 15, dalam bilik air rumah mereka di Telok Gong, di sini pada jam 3 petang, 30 Jun lalu.

Kemudian mengaku merogol anak bongsu berusia 13 tahun di bilik utama rumah mereka pada jam 2 petang, 17 Jun lalu dan meliwat mangsa di sebuah kilang pada jam 11.30 malam, 3 Jun lalu.

Perbuatan tertuduh terbongkar selepas anak perempuan sulungnya yang juga anak ke empat dalam keluarga menceritakan kejadian kepada ibunya yang berlaku ketika dia sedang mandi sebelum pintu bilik mandi diketuk bapanya yang memberi alasan mahu membuang air kecil sebelum mangsa ditolak dan diperkosa bapanya di lantai bilik air.

Pengakuan itu membongkarkan kisah sebenar setelah mangsa mengaku telah diperkosa sejak berusia 12 tahun tetapi menyimpan rahsia tersebut kerana diugut bunuh bapanya itu.

Menyedari anak keempatnya itu diperkosa, ibu mangsa menanyakan perkara sama kepada anak bongsunya dan anak bongsunya itu mengaku diperkosa bapanya sebanyak dua kali.

Dalam kejadian pertama, mangsa dibawa ke kilang, tempat tertuduh bekerja dan kemudiannya dipelawa melakukan hubungan seks namun mangsa enggan sebelum bapanya secara paksa merogol dan meliwatnya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa juga mengaku diperkosa ketika sedang tidur bersama ibunya di mana ketika itu merasakan telah diraba oleh seseorang tetapi terpaksa berdiam diri kerana diugut akan dipukul dan dibunuh oleh bapanya itu.

Berikutan kejadian, isteri tertuduh membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 30 Jun lalu.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan kedua-dua mangsa dan terdapat kesan gigitan pada payudara salah seorang daripadanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal ketika hujah pemberatan hukuman berkata, perbuatan tertuduh tidak ubah seperti haruan makan anak dan seharusnya diberikan hukuman berat.

“Sebagai bapa sepatutnya lelaki ini melindungi keluarga dan anak-anaknya tetapi dia melakukan perbuatan terkutuk yang menjadi penyakit masyarakat kita hari ini,” katanya.

Tertuduh ketika diberi peluang berkata-kata memohon supaya diizinkan bertemu dengan isteri dan anak-anaknya.

“Saya nak jumpa isteri dan anak-anak buat kali terakhir,” katanya yang bakal menjalani usia tuanya selama 31 tahun di kandang besi.

Terdahulu, bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang kurus dan bertubuh kecil dihukum penjara 16 tahun, enam sebatan dan pertuduhan kedua, 15 tahun penjara, lima sebatan yang kemudiannya diperintah berjalan serentak.

Bagi tuduhan meliwat, dia dihukum penjara 15 tahun, lima sebatan dan mahkamah memerintahkan hukuman berjalan berasingan.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Anita Harun.
 

Leave a Reply