31-qfUTFYUBDTugSwu3CdzzLxKY Penyelia pusat hiburan mati tergantung, isteri mati dikelar? | kongsi serve you
Tuesday 9 August 2011

Penyelia pusat hiburan mati tergantung, isteri mati dikelar?

0 comments
 
GEORGE TOWN: Seorang penyelia pusat hiburan ditemui mati tergantung manakala isterinya pula ditemui mati dengan kesan kelar di leher di dalam bilik di sebuah pangsapuri di Jalan Siput Lala, Tanjung Tokong malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata lelaki berkenaan Ooi Chong Seng, 29, yang bekerja di sebuah pusat hiburan berhampiran, ditemui mati dengan lehernya tergantung pada kain di tingkap.

Mayat isterinya pula, Yang Xiaohua, 20-an, warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), ditemui terbaring di atas katil di dalam bilik yang sama dengan kesan kelar di leher.

Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam tadi, Mohd Nasir berkata polis yang menerima maklumat daripada rakan kepada salah seorang mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Pulau Tikus kira-kira 8.20 malam, segera bergegas ke lokasi kejadian.


Beliau berkata polis terpaksa memecah masuk ke pangsapuri tersebut yang terletak di tingkat tiga selepas mendapati pintu rumah dikunci dari dalam dan hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan dua mayat di bilik hadapan pangsapuri empat tingkat itu.

sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Penyeliapusathiburanmatitergantung_isterimatidikelar/Article

"siapalah yang kejam sangat mahu smpai membunuh........ni mesti kes jeles...xD"

Leave a Reply