![]()  | 
| LOUISE GRANT | 
MANCHESTER  - Kebanyakan wanita melayari Internet untuk mencari pakaian, kasut atau  tawaran diskaun namun seorang pengurus kelab malam, Louise Grant, 25,  menggunakannya untuk mencari teman tidur, lapor sebuah akhbar.
Grant  berkata, sehingga kini dia sudah meniduri 200 lelaki yang ditemui di  Internet atau secara purata seorang lelaki setiap lima hari.
Katanya, pada satu ketika dia pernah melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki dalam hari yang sama.
"Saya  tidak dapat menjelaskan keseronokan berjumpa dengan orang yang tidak  dikenali dan kemudian melakukan hubungan seks. Ia satu ketagihan.
"Ada  orang menggelar saya sebagai jalang tetapi saya bukan seperti itu  kerana semua lelaki berkenaan akan saya hubungi. Mereka juga perlu  mengikut kehendak saya," katanya.
Gadis  yang berasal dari Manchester tersebut mula menggunakan Internet untuk  seks selepas putus tunang dengan kekasihnya tiga tahun lalu.
Dia yang berasa kesunyian kemudian menggunakan laman webFacebook dan hari berikutnya Grant keluar bersama lelaki pertama diikuti dengan hubungan seks. - Agensi

Subscribe to email feed



