31-qfUTFYUBDTugSwu3CdzzLxKY Dirogol lelaki beristeri empat | kongsi serve you
Friday 16 September 2011

Dirogol lelaki beristeri empat

4 comments
 
Peristiwa hitam dirogol lelaki beristeri empat menyebabkan Milah berubah menjadi gadis liar.

MILAH pernah melalui fasa hidup yang sangat hitam dan penuh noda...




SEJAK berusia 10 tahun lagi, Milah (bukan nama sebenar) telah terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Dia mendakwa puncanya ialah pengaruh kawan-kawan tetapi bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Berusia 14 tahun kini, Milah merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Berasal dari Utara, bapanya cuma seorang pekebun manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.
Hakikatnya, keluarga Milah telah memberikan dia kasih sayang serta ilmu agama. Namun, semua itu belum cukup untuk dia jadikan bekalan dalam mengharungi gelora zaman remajanya.
“Mula-mula saya ikut mat rempit pergi merewang (berjalan-jalan) serta melepak di pusat beli-belah.
“Aktiviti yang biasanya kami lakukan ialah minum arak terutama yang berbotol besar kerana ia lebih nikmat. Kami juga mengambil pil khayal serta menghisap ganja dan dadah.
“Malah saya mempunyai ramai abang angkat, adik angkat serta kakak angkat. Namun, tidak pernah sekali pun saya melakukan hubungan seks dengan lelaki. Tapi berpelukan, bercium dan membiarkan alat sulit diraba sepuasnya itu biasalah,” katanya membuka bicara.
Peristiwa di bilik hotel
Malangnya, peristiwa hitam dia dirogol oleh seorang lelaki beristeri empat pada tiga tahun lalu telah menterbalikkan terus kehidupan Milah.
“Semasa cuti persekolahan, saya dan teman lelaki bercadang untuk bercuti di rumah kakaknya di Damansara, Kuala Lumpur tetapi niat itu terbantut kerana kami kekurangan wang. Maklumlah kami masih bersekolah rendah dan tiada duit sendiri.
“Dia (teman lelaki) pulang semula ke rumah tetapi saya pergi ke pusat karaoke bersama rakan perempuan yang lain. Di pusat hiburan itulah saya bertemu dengan seorang lelaki bernama Helmi,” ujarnya.
Helmi berusia dalam lingkungan 40 tahun. Dia mendakwa dirinya seorang usahawan alat ganti kereta dan sudah beristeri empat.
Helmi berpakaian serba mahal dan memakai kereta Toyota Vios.
“Selepas habis menyanyi, Helmi mengajak saya minum di sebuah kedai makan. Rakan lain telah pulang dan tinggallah saya berdua bersama Helmi.
“Selepas itu, Helmi mengajak saya bermalam di hotel kerana hari telah lewat malam. Saya enggan tetapi dia pandai memujuk sehingga saya termakan dengan rayuannya,” ujar Milah.
Di bilik hotel, Milah terperanjat besar melihat Helmi membuka semua pakaiannya dan tanpa segan silu mengajak Milah melakukan hubungan seks.
“Saya enggan walaupun dipujuk berkali-kali. Dia marah lalu mengangkat sebelum mencampakkan tubuh saya ke atas katil. Dia membuka pakaian saya dengan kasar.
“Saya meronta-ronta supaya dilepaskan tetapi badan Helmi begitu sasa dan bertenaga. Akhirnya saya kehilangan mahkota. Tiada apa yang saya boleh lakukan ketika itu kecuali menangis,” imbau Milah.
Lebih menyedihkan, Helmi memaksa Milah ke Kuala Lumpur untuk dijadikan perempuan pemuas nafsunya. Dia mengugut untuk mencederakan Milah jika gadis itu enggan mengikut kehendaknya.
“Bimbang dengan keselamatan diri, saya menurut sahaja tetapi saya tidak henti-henti merayu agar dilepaskan.
“Akhirnya saya dilepaskan tetapi dirogol sekali lagi di Hentian Rawat dan Rehat Sungai Buloh sebelum dihantar pulang ke Perak semula.”
Kejadian itu kemudian dilaporkan pada pihak polis dan selepas itu barulah tembelang Helmi pecah. Rupa-rupanya, Helmi mempunyai banyak rekod jenayah termasuk menyamar sebagai anggota polis, penguat kuasa dan usahawan sebagai taktik memperdayakan gadis-gadis sebelum merogol mereka. Sehingga kini Helmi dipercayai gagal dikesan.
Pelacur sekolah
“Kerana peristiwa itu, saya merasakan apa gunanya hidup lagi kerana sudah tidak mempunyai dara. Masa depan saya terasa hancur.
“Malangnya saya membiarkan diri terus hanyut. Saya mula melakukan hubungan seks dengan abang angkat.
“Saya jadi liar dan mempunyai ramai teman lelaki terutama di kalangan pelajar sekolah walaupun sebenarnya mereka hanya mahukan tubuh saya hinggakan saya digelar bohsia sekolah,” akui Milah.
Namun pada suatu hari, ketika sedang ‘bermesra’ bersama abang angkatnya yang bernama Leman di rumah lelaki itu, Milah tidak menyedari gambar dirinya yang sedang memakai tuala berwarna putih yang ada dalam simpanan telefon bimbitnya telah dilihat oleh Leman.
“Leman terus menghantar gambar itu melalui sistem pesanan multimedia (MMS) ke telefon bimbitnya tanpa saya sedari.
“Kemudian, Leman bertindak menyebarkan gambar itu kepada rakan-rakannya dengan bayaran RM3. Lebih memalukan, Leman juga menulis pada gambar itu saya menawarkan perkidmatan seks dengan bayaran RM30.
“Walaupun saya kerap menukar nombor telefon kerana asyik diganggu siang dan malam, saya akui ada juga menerima tawaran untuk memberikan perkhidmatan seks,” katanya.
Bicara Milah lagi, selain menerima wang tunai, dia juga menerima kad prabayar bernilai RM10, coklat dan barang kemas sebagai bayaran.
“Aktiviti itu berlarutan sehingga saya ditangkap oleh pengetua sekolah semasa melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki di stor sukan sekolah.
“Pengetua dapat mengesan perkara terkutuk itu selepas dia menerima aduan daripada pelajar lain yang mendengar bunyi bising dari stor tersebut.
“Dia amat malu dengan perbuatan saya. Akhirnya, saya dibuang sekolah. Malah permohonan saya untuk bersekolah di sekolah lain juga ditolak kerana rekod buruk saya,” katanya.
Keluarga Milah ternyata sangat kecewa lebih-lebih lagi-lagi mereka belum dapat menerima kenyataan anak gadis mereka dirogol sebelum ini.
“Mereka menghantar saya ke Pusat Pemulihan Baitul Fiqh di Subang Jaya, Selangor untuk menjalani pemulihan.
“Saya sedar banyak dosa dan noda telah saya lakukan. Tapi saya yakin pintu taubat masih terbuka dan akan berusaha sebaik mungkin untuk bertaubat. Doakan saya berjaya,” ucap Milah.

4 Responses so far.

  1. eii..kenape die mcm 2..die menambah dosa y dah sedia ada..astagfirullah..moga Allah menerima taubat nyer...

  2. ntah la...tp xpa la...die da brubah gak kan..so harap die insaf ler....

  3. sian kn budak ni..sepatut nya bila dah di rogol 2..pemely dia kne bg support kat die..myb die rase bila dah ilang skali..idop die da x bmkne..bnyk sgt budak2 yg bru nk naik lari rumah ikot pkwe..xbole slh an dieowg 100%..dieowg budak yg baru nk knl dunia..umo2 gini la yg baru nk knl cintan cintun..ksian..mudh2hn pintu taubat masih ada untuk die..ammiinnnn

Leave a Reply